Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-76

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا لَقُوا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قَالُوْٓا اٰمَنَّاۚ وَاِذَا خَلَا بَعْضُهُمْ اِلٰى بَعْضٍ قَالُوْٓا اَتُحَدِّثُوْنَهُمْ بِمَا فَتَحَ اللّٰهُ عَلَيْكُمْ لِيُحَاۤجُّوْكُمْ بِهٖ عِنْدَ رَبِّكُمْ ۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ76

Terdapat pula sebahagian daripada golongan Yahudi bila mereka bertemu dengan orang beriman, mereka berkata, “Kami beriman.” Namun apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka berkata, “Adakah kamu menceritakan kepada orang Islam apa yang telah diterangkan Allah kepada kamu di dalam Taurat supaya mereka dapat menjadikannya sebagai hujah yang mengalahkan kamu kelak di sisi Tuhan kamu. Apakah kamu tidak berfikir?”

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas A.A berkata berkaitan ayat Allah SWT,(وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا) iaitu beriman dengan sahabat kamu yakni Rasulullah, tetapi hanya disebutkan kepada kamu sahaja. (وَإِذَا خَلَا بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالُوا) Dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata, Jangan kamu mengkhabarkan pekara ini kepada Arab seluruhnya, sesungguhnya kamu telah membuka (aib dan kelemahan kamu) dengan perkara ini dan akan memberi mereka hujah terhadap kamu. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)