وَاِذْ اَخَذْنَا مِيْثَاقَ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ لَا تَعْبُدُوْنَ اِلَّا اللّٰهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَّذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْنًا وَّاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَۗ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ اِلَّا قَلِيْلًا مِّنْكُمْ وَاَنْتُمْ مُّعْرِضُوْنَ 83
Dan ingatlah saat Kami mengambil janji daripada Bani Israel, ketika Kami berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain daripada Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik kepada manusia, serta dirikanlah solat dan tunaikan zakat.” Namun setelah memberikan janji, kamu berpaling daripada berpegang kepadanya kecuali hanya segolongan kecil dalam kalangan kamu. Dan kamu adalah orang yang tidak menunaikan janji.