Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-89

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَمَّا جَاۤءَهُمْ كِتٰبٌ مِّنْ عِنْدِ اللّٰهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْۙ وَكَانُوْا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُوْنَ عَلَى الَّذِيْنَ كَفَرُوْاۚ فَلَمَّا جَاۤءَهُمْ مَّا عَرَفُوْا كَفَرُوْا بِهٖ ۖ فَلَعْنَةُ اللّٰهِ عَلَى الْكٰفِرِيْنَ 89

Dan setelah datang kepada mereka al-Quran daripada Allah yang mengesahkan Kitab Taurat yang ada bersama mereka, mereka menolaknya, sedangkan sebelum itu mereka sentiasa memohon agar dikurniakan kemenangan atas orang kafir dengan berjuang bersama rasul yang diturunkan kepadanya al-Quran. Namun setelah datang apa yang mereka tahu kebenarannya, mereka mengingkarinya. Oleh kerana itu, laknat Allah terhadap orang kafir tersebut.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A, Sesungguhnya golongan Yahudi telah menceritakan kemenangan Rasulullah SAW kepada golongan al-Aus dan al-Khazraj sebelum kemunculan Baginda. Apabila Allah SWT mengutuskan Baginda daripada bangsa Arab, mereka (golongan Yahudi) kufur kepadanya dan enggan mengakui apa yang telah mereka nyatakan (sebelum inQ. Mu'az bin Jabal, Bisyr bin al-Bara' dan Daud bin Salamah R.A lantas berkata kepada mereka, “Wahai kelompok Yahudi, takutlah kepada Allah dan masuklah Islam. Sebelum ini kamu telah mengkhabarkan kepada kami akan kemenangan yang dibawa oleh Muhammad SAW dan ketika itu kami masih lagi syirik. Kamu juga memaklumkan bahawa Baginda akan dibangkitkan, malah kamu menyatakan kepada kami sifatnya.” Berkata Salam bin Misykam saudara kepada Bani alNadhir, “Tidak datang suatu pun yang kami ketahui kepada kami, dan dia bukanlah orang yang kami nyatakan kepada kamu! Malka Allah SWT menurunkan ayat.”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)