Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-91

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ اٰمِنُوْا بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ قَالُوْا نُؤْمِنُ بِمَآ اُنْزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُوْنَ بِمَا وَرَاۤءَهٗ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُوْنَ اَنْۢبِيَاۤءَ اللّٰهِ مِنْ قَبْلُ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ91

Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kepada al -Quran yang telah diturunkan oleh Allah.” Mereka menjawab, “Kami hanya beriman kepada Kitab Taurat yang telah diturunkan kepada kami.” Mereka mengingkari kitab yang telah diturunkan selepasnya iaitu al-Quran, sedangkan al-Quran itulah yang benar dan mengesahkan kandungan Taurat yang ada bersama mereka. Tanyalah kepada mereka wahai Muhammad, “Mengapa sebelum ini kamu membunuh nabi-nabi Allah andainya kamu benar-benar beriman dengan Kitab Taurat sedangkan kitab tersebut mengharamkan pembunuhan?”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)