Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-94

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ اِنْ كَانَتْ لَكُمُ الدَّارُ الْاٰخِرَةُ عِنْدَ اللّٰهِ خَالِصَةً مِّنْ دُوْنِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ 94

Katakanlah wahai Muhammad, “Jika benar syurga di akhirat yang diciptakan oleh Allah adalah khusus untuk kamu sahaja dan bukan untuk orang lain, maka hendaklah kamu bercita-cita untuk mati agar sampai kepada syurga tersebut jika kamu rasa kamu benar.”

Tafsir Terjemahan

Daripada Abu al-'Aliah berkata, Allah SWT berkata kepada golongan Yahudi

إِن كَانَتْ لَكُمُ الدَّارُ الْآخِرَةُ عِندَ اللَّـهِ خَالِصَةً مِّن دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ

“Kalau syurga akhirat itu telah menjadi hak islimewa untuk kamu di sisi Allah dan ia bukan hak selain kamu, maka harapkanlah kematian (supaya kamu boleh masuk ke dalamnya).” (Surah al-Baqarah: 94) Tetapi mereka tidak melakukannya, kerana mereka mengatakan bahawa

لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ

“Tldak akan masuk syurga selama-lamanya kecuali golongan Yahudi dan al-Baqarah: 111) Juga mereka berkata

نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّـهِ وَأَحِبَّاؤُهُ

“Kami adalah anak-anak Allah dan kekasihNya.” ( Surah al-Maidah: 18) Lantas Allah SWT berfirman kepada mereka dengan firman-Nya tersebut.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)