اِذْ رَاٰ نَارًا فَقَالَ لِاَهْلِهِ امْكُثُوْٓا اِنِّيْ اٰنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّيْٓ اٰتِيْكُمْ مِّنْهَا بِقَبَسٍ اَوْ اَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى 10
Ketika dia melihat api dalam perjalanannya, lalu dia berkata kepada isteri dan ahli keluarganya, “Tunggulah kamu di sini. Sesungguhnya aku nampak cahaya api, mudah-mudahan aku dapat bawakan kepadamu sedikit nyalaannya atau aku dapat berjumpa penunjuk jalan yang betul daripadanya.”