اَفَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ اَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِّنَ الْقُرُوْنِ يَمْشُوْنَ فِيْ مَسٰكِنِهِمْۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّاُولِى النُّهٰى ࣖ128
Adakah tidak menjadi pengajaran bagi mereka betapa banyak kaum sebelum mereka yang telah Kami binasakan, sedangkan mereka sentiasa melalui tempat kediaman kaum yang dibinasakan itu? Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat bukti kekuasaan Kami kepada orang yang berakal.