فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُوْلُوْنَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا ۚوَمِنْ اٰنَاۤئِ الَّيْلِ فَسَبِّحْ وَاَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضٰى130
Oleh itu bersabarlah wahai Muhammad atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah kepada Tuhanmu pada waktu solat Subuh sebelum terbitnya matahari dan pada waktu solat Asar sebelum ia terbenam dan bertasbihlah juga pada waktu solat Maghrib dan lsyak di waktu malam serta bertasbihlah pada waktu solat Zuhur ketika waktu penghujung siang supaya kamu diredhai Allah.