Tafsir Surah

20Taha - طٰهٰ

Ayat ke-40

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِذْ تَمْشِيْٓ اُخْتُكَ فَتَقُوْلُ هَلْ اَدُلُّكُمْ عَلٰى مَنْ يَّكْفُلُهٗ ۗفَرَجَعْنٰكَ اِلٰٓى اُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ ەۗ وَقَتَلْتَ نَفْسًا فَنَجَّيْنٰكَ مِنَ الْغَمِّ وَفَتَنّٰكَ فُتُوْنًا ەۗ فَلَبِثْتَ سِنِيْنَ فِيْٓ اَهْلِ مَدْيَنَ ەۙ ثُمَّ جِئْتَ عَلٰى قَدَرٍ يّٰمُوْسٰى40

Nikmat Kami juga atasmu wahai Musa ketika kakakmu memerhatikan peti itu, lalu dia berkata kepada mereka yang mengambilnya, “Mahukah kamu aku tunjukkan seorang yang boleh memeliharanya dengan baik?” Maka Kami telah kembalikan kamu kepada ibumu dengan selamat supaya dia gembira dan tidak lagi bersedih. Dan nikmat Kami juga atasmu ketika kamu membunuh seorang lelaki lalu Kami selamatkanmu daripada belenggu masalah tersebut dan Kami telah mengujimu dengan berbagai-bagai ujian. Kemudian kamu tinggal selama beberapa tahun dengan selamat bersama penduduk Madyan sehinggalah kamu datang pada hari ini dengan ketetapan Kami wahai Musa. 41 . Dan Aku telah memilihmu menjadi seorang rasul yang menyampaikan risalah-Ku.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)