قَالُوْا لَنْ نُّؤْثِرَكَ عَلٰى مَا جَاۤءَنَا مِنَ الْبَيِّنٰتِ وَالَّذِيْ فَطَرَنَا فَاقْضِ مَآ اَنْتَ قَاضٍۗ اِنَّمَا تَقْضِيْ هٰذِهِ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا ۗ72
Ahli sihir menjawab, “Sesungguhnya kami sama sekali tidak akan memilih untuk tunduk kepada kamu berbanding segala bukti kekuasaan Allah yang jelas dan tidak akan memilih untuk tunduk kepadamu berbanding Allah yang menciptakan kami. Hukumlah kami dengan apa sahaja hukuman yang kamu inginkan. Sesungguhnya kamu hanya boleh menghukum di dunia ini sahaja.”