قُلْ مَنْ يَّكْلَؤُكُمْ بِالَّيْلِ وَالنَّهَارِ مِنَ الرَّحْمٰنِۗ بَلْ هُمْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِمْ مُّعْرِضُوْنَ 42
Katakan kepada mereka wahai Muhammad, “Siapakah yang dapat memelihara kamu pada waktu malam atau siang daripada azab Allah Yang Maha Pemurah?” Malangnya mereka tetap berpaling tidak menghiraukan peringatan-Nya.