Tafsir Surah

21Al-Anbiya' - الانبياۤء

Ayat ke-79

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَفَهَّمْنٰهَا سُلَيْمٰنَۚ وَكُلًّا اٰتَيْنَا حُكْمًا وَّعِلْمًاۖ وَّسَخَّرْنَا مَعَ دَاوٗدَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَۗ وَكُنَّا فٰعِلِيْنَ79

Kami kurniakan kefahaman kepada Nabi Sulaiman lalu dia memberikan penyelesaian yang lebih baik daripada penyelesaian yang diberikan Nabi Daud dalam kes itu. Setiap daripada mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Kami jadikan bukit-bukit dan burung-burung turut bertasbih ketika Nabi Daud bertasbih. Dan Kami berkuasa melakukan semua itu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)