وَاَدْخَلْنٰهُمْ فِيْ رَحْمَتِنَاۗ اِنَّهُمْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ 86
Kami masukkan mereka semua dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka ialah orang yang soleh. Demikian juga Nabi Yunus yang digelar Ozan Nun ketika dia meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Dia merasakan Kami tidak akan menghukumnya. Apabila Kami menghukumnya dengan menempatkannya di dalam perut ikan paus, dia berkata dalam kegelapan, “Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah. Engkau Maha Suci. Sesungguh-nya aku dalam kalangan orang yang zalim kerana melanggar perintah-Mu.”