فَاسْتَجَبْنَا لَهٗ ۖوَوَهَبْنَا لَهٗ يَحْيٰى وَاَصْلَحْنَا لَهٗ زَوْجَهٗۗ اِنَّهُمْ كَانُوْا يُسٰرِعُوْنَ فِى الْخَيْرٰتِ وَيَدْعُوْنَنَا رَغَبًا وَّرَهَبًاۗ وَكَانُوْا لَنَا خٰشِعِيْنَ 90
Maka Kami perkenankan doanya lalu Kami anugerahkan kepadanya Nabi Yahya dan Kami jadikan isterinya subur. Mereka ialah orang yang bersegera dalam melakukan kebaikan dan sentiasa berdoa dengan penuh harapan untuk rahmat Kami dan bimbang serta takut terhadap azab Kami. Mereka ialah orang-orang yang tunduk dan patuh kepada Kami.