وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَاِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ اَبْصَارُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْاۗ يٰوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِيْ غَفْلَةٍ مِّنْ هٰذَا بَلْ كُنَّا ظٰلِمِيْنَ 97
Maka ketika itu, semakin hampir hari kiamat yang dijanjikan. Pada waktu itu juga, mata orang kafir terbeliak melihat kedahsyatan yang berlaku lalu mereka berkata, “Celakalah kita. Kita telah lalai daripada memikirkan tentang hari kiamat ini, malah sebenarnya kita adalah orang zalim.”