وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ ۙ34
Setiap umat, Kami jadikan ibadah korban dengan tujuan agar mereka menyebut nama Allah ketika penyembelihan sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada mereka binatang ternakan. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu, maka serahlah diri kamu kepada-Nya dengan mentaati-Nya. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh kepada Allah.