Tafsir Surah

22Al-Hajj - الحج

Ayat ke-36

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَالْبُدْنَ جَعَلْنٰهَا لَكُمْ مِّنْ شَعَاۤىِٕرِ اللّٰهِ لَكُمْ فِيْهَا خَيْرٌۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلَيْهَا صَوَاۤفَّۚ فَاِذَا وَجَبَتْ جُنُوْبُهَا فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّۗ كَذٰلِكَ سَخَّرْنٰهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ 36

Dan menyembelih unta antara syiar Allah kepada kamu; kamu akan mendapat manfaat yang banyak daripadanya. Sebutlah nama Allah apabila kamu hendak menyembelihnya dalam keadaan ia berdiri tegak atas tiga kakinya sahaja. Apabila ia jatuh setelah disembelih, maka makanlah daripada dagingnya dan berilah makan kepada orang fakir sama ada yang meminta mahupun yang tidak meminta. Demikianlah Kami jadikan unta ini mudah untuk kamu kendali agar kamu bersyukur kepada Kami.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)