لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ 37
Daging-daging korban mahupun darahnya tidak akan sampai kepada Allah tetapi yang akan sampai kepada-Nya adalah keikhlasan dan ketakwaan kamu. Demikianlah Kami jadikan unta itu mudah untuk kamu kendalikan agar kamu bertakbir mengagungkan Allah sebagai tanda syukur atas hidayah yang diberikan-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sentiasa melakukan kebaikan.