Tafsir Surah

22Al-Hajj - الحج

Ayat ke-40

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

ۨالَّذِيْنَ اُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ اِلَّآ اَنْ يَّقُوْلُوْا رَبُّنَا اللّٰهُ ۗوَلَوْلَا دَفْعُ اللّٰهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَّصَلَوٰتٌ وَّمَسٰجِدُ يُذْكَرُ فِيْهَا اسْمُ اللّٰهِ كَثِيْرًاۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللّٰهُ مَنْ يَّنْصُرُهٗۗ اِنَّ اللّٰهَ لَقَوِيٌّ عَزِيْزٌ 40

Mereka ialah golongan yang telah diusir dari kampung halaman tanpa sebarang alasan yang benar melainkan hanya kerana mereka mengucapkan tiada Tuhan selain Allah. Kalaulah bukan kerana Allah menggerakkan hati sebahagian manusia untuk menentang kezaliman yang dibuat oleh sebahagian yang lain, nescaya biara-biara rahib, gereja-gereja Kristian, sinagog-sinagog Yahudi dan masjid-masjid yang disebut nama Allah di dalamnya akan dihancurkan. Allah pasti akan berikan pertolongan kepada sesiapa yang menolong agama-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)