اَلَّذِيْنَ اِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَرْضِ اَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ وَاَمَرُوْا بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَلِلّٰهِ عَاقِبَةُ الْاُمُوْرِ 41
Mereka juga ialah golongan yang jika diperkukuhkan kedudukan mereka sebagai pemerintah di atas muka bumi, mereka konsisten mendirikan solat, mengeluarkan zakat, serta mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Dan hanya Allah yang berkuasa menentukan kesudahan setiap sesuatu.