اَفَلَمْ يَسِيْرُوْا فِى الْاَرْضِ فَتَكُوْنَ لَهُمْ قُلُوْبٌ يَّعْقِلُوْنَ بِهَآ اَوْ اٰذَانٌ يَّسْمَعُوْنَ بِهَاۚ فَاِنَّهَا لَا تَعْمَى الْاَبْصَارُ وَلٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوْبُ الَّتِيْ فِى الصُّدُوْرِ 46
Adakah orang musyrikin tidak mengembara di muka bumi, lalu mereka perhatikan kesan peninggalan kaum-kaum yang dibinasakan agar mereka mempunyai hati yang dapat memahami dan telinga yang benar-benar mendengar. Sesungguhnya golongan ini bukan mata mereka yang buta, tetapi hati di dalam dada mereka yang sebenarnya buta.