Tafsir Surah

22Al-Hajj - الحج

Ayat ke-5

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنْ كُنْتُمْ فِيْ رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَاِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَّغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۗ وَنُقِرُّ فِى الْاَرْحَامِ مَا نَشَاۤءُ اِلٰٓى اَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوْٓا اَشُدَّكُمْۚ وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّتَوَفّٰى وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّرَدُّ اِلٰٓى اَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۗ وَتَرَى الْاَرْضَ هَامِدَةً فَاِذَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاۤءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَاَنْۢبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍۢ بَهِيْجٍ5

Wahai manusia! Jika kamu berasa ragu-ragu terhadap hari kebangkitan, maka perhatikanlah bahawa Kami telah menciptakan kamu pada asalnya daripada tanah. Kemudian selepas itu, Kami jadikan kamu pula daripada air mani, lalu seterusnya kamu menjadi gumpalan darah yang kemudiannya menjadi ketulan daging. Ada antara daging itu yang kami bentukkannya menjadi janin dan ada yang Kami gugurkan. Kesemua ini menunjukkan kepada kamu kekuasaan Kami dalam menciptakan kamu secara berperingkat. Kami menetapkan di dalam rahim apa yang Kami kehendaki pada janin itu, sehinggalah sampai tempoh yang telah ditetapkan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi dan seterusnya kamu membesar sehingga dewasa. Ada antara kamu yang Kami matikan sebelum menjadi dewasa. Ada pula antara kamu yang Kami panjangkan umurnya sehingga dia menjadi nyanyuk, tidak lagi mengetahui apa yang telah diketahuinya dahulu. Demikian juga satu bukti lain tentang hari kebangkitan ialah ketika kamu melihat bumi yang kering kontang, lalu Kami turunkan air ke atasnya, maka ia mula mengeluarkan tunas, subur membesar dan menjadi tumbuhan yang menghasilkan pokok jantan dan betina yang mendatangkan kekaguman.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)