وَمَآ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ وَّلَا نَبِيٍّ اِلَّآ اِذَا تَمَنّٰىٓ اَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِيْٓ اُمْنِيَّتِهٖۚ فَيَنْسَخُ اللّٰهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللّٰهُ اٰيٰتِهٖۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ ۙ52
Kami tidak utuskan seorang rasul atau nabi sebelum engkau wahai Muhammad melainkan jika mereka membaca sesuatu daripada kitab mereka, maka syaitan akan mencampakkan perasaan syak dan kefahaman yang berbeza terhadap orang yang mendengarnya. Lalu Allah membatalkan apa yang dicampak syaitan itu dan menguatkan kefahaman ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.