Tafsir Surah

22Al-Hajj - الحج

Ayat ke-78

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَجَاهِدُوْا فِى اللّٰهِ حَقَّ جِهَادِهٖۗ هُوَ اجْتَبٰىكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ مِنْ حَرَجٍۗ مِلَّةَ اَبِيْكُمْ اِبْرٰهِيْمَۗ هُوَ سَمّٰىكُمُ الْمُسْلِمِيْنَ ەۙ مِنْ قَبْلُ وَفِيْ هٰذَا لِيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ شَهِيْدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُوْنُوْا شُهَدَاۤءَ عَلَى النَّاسِۖ فَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَاعْتَصِمُوْا بِاللّٰهِ ۗهُوَ مَوْلٰىكُمْۚ فَنِعْمَ الْمَوْلٰى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ ࣖ ۔78

Berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad kerana Allah telah memilih kamu untuk memperjuangkan agama-Nya dan Dia tidak menjadikan dalam agama itu perkara-perkara yang membebankan. lnilah agama moyang kamu Nabi Ibrahim. Allah juga telah menamakan kamu semua Muslimin dalam kitab yang terdahulu dan begitu juga dalam al-Quran. Allah telah memilih kamu agar Nabi Muhammad menjadi saksi ke atas kamu, bahawa Baginda telah menyampaikan kepada kamu risalah tuhan-Nya dan kamu pula menjadi saksi ke atas umat-umat terdahulu bahawa rasulrasul mereka juga telah menyampaikan risalah Allah. Maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah kerana Dialah pelindung kamu. Dan Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)