وَمَنْ يَّدْعُ مَعَ اللّٰهِ اِلٰهًا اٰخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهٗ بِهٖۙ فَاِنَّمَا حِسَابُهٗ عِنْدَ رَبِّهٖۗ اِنَّهٗ لَا يُفْلِحُ الْكٰفِرُوْنَ117
Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama Allah, padahal tiada suatu bukti pun yang mengesahkan tuhan itu, maka sesungguhnya perhitungannya adalah di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang yang kafir itu tidak akan berjaya.