وَاِنَّ لَكُمْ فِى الْاَنْعَامِ لَعِبْرَةًۗ نُسْقِيْكُمْ مِّمَّا فِيْ بُطُوْنِهَا وَلَكُمْ فِيْهَا مَنَافِعُ كَثِيْرَةٌ وَّمِنْهَا تَأْكُلُوْنَ ۙ 21
Dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu terdapat pengajaran bagi kamu tentang kekuasaan Allah. Kami memberi kamu minum air susu yang terdapat di dalam perutnya, dan selain itu terdapat banyak faedah yang lain untuk kamu serta daripada dagingnya juga kamu mendapat makanan.