Tafsir Surah

23Al-Mu'minun - المؤمنون

Ayat ke-27

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَاَوْحَيْنَآ اِلَيْهِ اَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِاَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَاِذَا جَاۤءَ اَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّوْرُۙ فَاسْلُكْ فِيْهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَاَهْلَكَ اِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْۚ وَلَا تُخَاطِبْنِيْ فِى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْاۚ اِنَّهُمْ مُّغْرَقُوْنَ27

Lalu Kami wahyukan kepadanya, “Buatlah sebuah bahtera dengan pengawasan dan panduan wahyu Kami. Apabila datang perintah azab Kami, dan air mula memancut daripada muka bumi menandakan kedatangan banjir besar, maka masukkanlah ke dalam bahtera itu sepasang daripada setiap jenis haiwan dan juga keluargamu; kecuali yang telah ditetapkan akan binasa dalam kalangan mereka. Dan janganlah engkau merayu kepada-Ku untuk menyelamatkan orang yang zalim itu kerana sesungguhnya kesemua mereka akan ditenggelamkan.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)