وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ اَهْوَاۤءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيْهِنَّۗ بَلْ اَتَيْنٰهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُّعْرِضُوْنَ ۗ71
Seandainya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka, pasti musnahlah langit dan bumi serta semua yang berada di dalamnya. Tetapi Kami telah mendatangkan al-Quran yang memuliakan mereka, namun mereka tetap berpaling daripadanya.