اِنَّ الَّذِيْنَ جَاۤءُوْ بِالْاِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنْكُمْۗ لَا تَحْسَبُوْهُ شَرًّا لَّكُمْۗ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۗ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْاِثْمِۚ وَالَّذِيْ تَوَلّٰى كِبْرَهٗ مِنْهُمْ لَهٗ عَذَابٌ عَظِيْمٌ11
Sesungguhnya orang yang membawa berita palsu itu ialah segolongan dalam kalangan kamu juga; janganlah kamu menyangka berita palsu itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka pula akan mendapat balasan daripada dosa yang telah dilakukannya, dan orang yang mengambil bahagian yang besar dalam menyebarkan berita itu antara mereka akan mendapat seksa yang besar.