Tafsir Surah

24An-Nur - النّور

Ayat ke-31

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّۖ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اٰبَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَاۤىِٕهِنَّ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التَّابِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَاۤءِ ۖوَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّۗ وَتُوْبُوْٓا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ31

Dan katakanlah pula kepada golongan wanita yang beriman supaya menjaga pandangan mata dan memelihara kehormatan, serta janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir daripadanya sahaja, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan kain tudung. Janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau adik beradik lelaki mereka, atau anak-anak kepada adik beradik lelaki mereka, atau anakanak kepada adik beradik perempuan mereka, atau perempuan-perempuan Islam sesama mereka, atau hambahamba yang mereka miliki, atau pembantu rumah daripada golongan lelaki yang tidak mempunyai keinginan syahwat, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Janganlah juga menghentakkan kaki mereka dengan tujuan supaya diketahui perhiasan yang disembunyikan, dan hendaklah kamu sekalian bertaubat kepada Allah wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)