Tafsir Surah

24An-Nur - النّور

Ayat ke-35

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ اَللّٰهُ نُوْرُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ مَثَلُ نُوْرِهٖ كَمِشْكٰوةٍ فِيْهَا مِصْبَاحٌۗ اَلْمِصْبَاحُ فِيْ زُجَاجَةٍۗ اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُّوْقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُوْنَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَّلَا غَرْبِيَّةٍۙ يَّكَادُ زَيْتُهَا يُضِيْۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۗ نُوْرٌ عَلٰى نُوْرٍۗ يَهْدِى اللّٰهُ لِنُوْرِهٖ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَيَضْرِبُ اللّٰهُ الْاَمْثَالَ لِلنَّاسِۗ وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ ۙ 35

Allah ialah pemberi cahaya yang menerangi langit dan bumi dengan hidayah-Nya. Perumpamaan cahaya-Nya laksana sebuah lubang dinding yang tidak tembus, yang berisi sebuah pelita di dalam sebuah kaca dan kaca itu pula bersinar laksana bintang yang bergemer1apan, yang dinyalakan dengan minyak daripada satu pohon yang diberkati; iaitu pohon zaitun yang bukan sahaja disinari cahaya semasa terbitnya matahari bahkan juga semasa terbenamnya matahari; minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun belum disentuh api. ltulah cahaya atas cahaya. Allah menunjukkan cahaya-Nya kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya, begitu juga Allah membuat perumpamaan kepada manusia. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)