Tafsir Surah

24An-Nur - النّور

Ayat ke-58

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِيْنَ مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ وَالَّذِيْنَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلٰثَ مَرّٰتٍۗ مِنْ قَبْلِ صَلٰوةِ الْفَجْرِ وَحِيْنَ تَضَعُوْنَ ثِيَابَكُمْ مِّنَ الظَّهِيْرَةِ وَمِنْۢ بَعْدِ صَلٰوةِ الْعِشَاۤءِۗ ثَلٰثُ عَوْرٰتٍ لَّكُمْۗ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌۢ بَعْدَهُنَّۗ طَوَّافُوْنَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلٰى بَعْضٍۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمُ الْاٰيٰتِۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ58

Wahai orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba kamu dan mereka yang belum baligh antara kamu meminta izin sebelum masuk ke bilik kamu pada tiga waktu iaitu: sebelum solat Subuh, ketika kamu membuka pakaian kamu kerana kepanasan tengah hari dan setelah solat lsyak. ltulah tiga waktu yang biasanya aurat kamu terdedah. Tiada kesalahan bagi kamu dan bagi mereka untuk masuk ke bilik kamu tanpa izin pada waktu selain daripada tiga waktu itu, kerana mereka ialah orang yang selalu keluar masuk ke bilik kamu kerana keperluan antara kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat itu kepada kamu, dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)