Tafsir Surah

24An-Nur - النّور

Ayat ke-61

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَيْسَ عَلَى الْاَعْمٰى حَرَجٌ وَّلَا عَلَى الْاَعْرَجِ حَرَجٌ وَّلَا عَلَى الْمَرِيْضِ حَرَجٌ وَّلَا عَلٰٓى اَنْفُسِكُمْ اَنْ تَأْكُلُوْا مِنْۢ بُيُوْتِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اٰبَاۤىِٕكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اُمَّهٰتِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اِخْوَانِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اَخَوٰتِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اَعْمَامِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ عَمّٰتِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ اَخْوَالِكُمْ اَوْ بُيُوْتِ خٰلٰتِكُمْ اَوْ مَا مَلَكْتُمْ مَّفَاتِحَهٗٓ اَوْ صَدِيْقِكُمْۗ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ اَنْ تَأْكُلُوْا جَمِيْعًا اَوْ اَشْتَاتًاۗ فَاِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوْتًا فَسَلِّمُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِنْدِ اللّٰهِ مُبٰرَكَةً طَيِّبَةً ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمُ الْاٰيٰتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ ࣖ61

Tiada kesalahan bagi orang yang buta, orang yang tempang, dan orang yang sakit untuk tidak melaksanakan sebahagian daripada perintah Allah, dan juga tiada kesalahan bagi kamu untuk makan di rumah kamu, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah adik beradik lelaki kamu, atau di rumah adik beradik perempuan kamu, atau di rumah pakcik saudara kamu dari sebelah bapa, atau di rumah makcik saudara kamu dari sebelah bapa, atau di rumah pakcik saudara kamu dari sebelah ibu, atau di rumah makcik saudara kamu dari sebelah ibu, atau di rumah yang kamu diamanahkan sebagai pemegang anak kuncinya, atau di rumah sahabat kamu. Tiada kesalahan bagi kamu untuk makan bersama-sama atau secara berasingan. Dan apabila hendak masuk ke dalam rumah, maka hendaklah kamu mengucapkan salam sesama kamu dengan ucapan salam daripada Allah, yang penuh keberkatan dan kebaikan. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat itu kepada kamu, supaya kamu memahaminya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)