فَلَمَّا جَاۤءَ سُلَيْمٰنَ قَالَ اَتُمِدُّوْنَنِ بِمَالٍ فَمَآ اٰتٰىنِ َۧ اللّٰهُ خَيْرٌ مِّمَّآ اٰتٰىكُمْۚ بَلْ اَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُوْنَ 36
Apabila sampai utusan mereka kepada Nabi Sulaiman, maka Baginda berkata, “Adakah kamu ingin menyogokku dengan harta kekayaan? Sedangkan apa yang Allah kurniakan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah kurniakan kepada kamu semua. Bahkan kalianlah golongan yang berasa bangga dengan hadiah yang diberikan.”