اَمَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ وَاَنْزَلَ لَكُمْ مِّنَ السَّمَاۤءِ مَاۤءً فَاَنْۢبَتْنَا بِهٖ حَدَاۤىِٕقَ ذَاتَ بَهْجَةٍۚ مَا كَانَ لَكُمْ اَنْ تُنْۢبِتُوْا شَجَرَهَاۗ ءَاِلٰهٌ مَّعَ اللّٰهِ ۗبَلْ هُمْ قَوْمٌ يَّعْدِلُوْنَ ۗ 60
Siapa lagi selain Allah yang mampu menciptakan langit dan bumi serta menurunkan kepada kamu air hujan dari langit, lalu dengan air hujan itu Kami tumbuhkan kebun-kebun yang subur dan indah. Sedangkan kamu langsung tidak dapat menumbuhkannya. Lantaran itu, adakah Tuhan lain yang berhak disembah selain Allah? Bahkan merekalah kaum yang menyeleweng.