Tafsir Surah

28Al-Qasas - القصص

Ayat ke-15

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَدَخَلَ الْمَدِيْنَةَ عَلٰى حِيْنِ غَفْلَةٍ مِّنْ اَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيْهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلٰنِۖ هٰذَا مِنْ شِيْعَتِهٖ وَهٰذَا مِنْ عَدُوِّهٖۚ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِيْ مِنْ شِيْعَتِهٖ عَلَى الَّذِيْ مِنْ عَدُوِّهٖ ۙفَوَكَزَهٗ مُوْسٰى فَقَضٰى عَلَيْهِۖ قَالَ هٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِيْنٌ 15

Dan pada suatu hari, Musa masuk ke dalam kota ketika penghuninya sedang leka, lalu dia ternampak dua orang lelaki sedang berkelahi, maka didapati salah seorang daripada golongannya sendiri dan seorang lagi daripada golongan musuhnya, Firaun. Lelaki daripada golongannya itu meminta pertolongan Musa, lantas Musa menumbuk lelaki daripada golongan musuhnya sehingga menyebabkan kematian. Musa berkata, “Sesungguhnya 1ni adalah angkara syaitan, dialah musuh penyesat yang amat nyata.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)