وَلَمَّا وَرَدَ مَاۤءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ اُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُوْنَ ەۖ وَوَجَدَ مِنْ دُوْنِهِمُ امْرَاَتَيْنِ تَذُوْدٰنِۚ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۗقَالَتَا لَا نَسْقِيْ حَتّٰى يُصْدِرَ الرِّعَاۤءُ وَاَبُوْنَا شَيْخٌ كَبِيْرٌ23
Ketika Musa sampai di telaga air negeri Madyan, dia mendapati satu kelompok manusia sedang memberi minuman kepada ternakan mereka. Lantas dia terpandang dua orang wanita yang sedang menahan ternakan mereka daripada mendekati telaga, lalu dia bertanya, “Apa hal kamu berdua?” Mereka berdua menjawab, “Kami tidak dapat memberi minuman kepada ternakan sehingga selesai semua penggembala yang lain membawa balik ternakan mereka, sedangkan ayah kami pula sang at tua.”