فَجَاۤءَتْهُ اِحْدٰىهُمَا تَمْشِيْ عَلَى اسْتِحْيَاۤءٍ ۖقَالَتْ اِنَّ اَبِيْ يَدْعُوْكَ لِيَجْزِيَكَ اَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَاۗ فَلَمَّا جَاۤءَهٗ وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَۙ قَالَ لَا تَخَفْۗ نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظّٰلِمِيْنَ 25
Kemudian datanglah salah seorang wanita tadi berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata kepada Musa, “Sesungguhnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu kerana memberi minuman kepada ternakan kami.” Apabila Musa bertemu dengan ayah mereka sambil menceritakan kisahnya dan ayahnya berkata, “Janganlah engkau takut lagi, engkau selamat daripada golongan yang zalim.”