وَمَآ اُوْتِيْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتُهَا ۚوَمَا عِنْدَ اللّٰهِ خَيْرٌ وَّاَبْقٰىۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ ࣖ60
Dan apa sahaja yang kamu peroleh, maka ia adalah kesenangan dunia dan perhiasannya yang bersifat sementara sahaja. Sedangkan nikmat yang tersimpan di sisi Allah di akhirat adalah lebih baik dan kekal, adakah kamu tidak berfikir?