Tafsir Surah

28Al-Qasas - القصص

Ayat ke-76

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ اِنَّ قَارُوْنَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوْسٰى فَبَغٰى عَلَيْهِمْ ۖوَاٰتَيْنٰهُ مِنَ الْكُنُوْزِ مَآ اِنَّ مَفَاتِحَهٗ لَتَنُوْۤاُ بِالْعُصْبَةِ اُولِى الْقُوَّةِ اِذْ قَالَ لَهٗ قَوْمُهٗ لَا تَفْرَحْ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِيْنَ 76

Sesungguhnya Qarun merupakan salah seorang daripada kaum Musa tetapi dia telah takbur dan zalim terhadap mereka. Kami kurniakan kepadanya khazanah harta yang sangat banyak; kunci-kunci khazanah itu sahaja tidak terpikul oleh sekumpulan manusia yang gagah perkasa. Tatkala kaumnya menasihatinya dengan berkata, “Janganlah bermegah-megah dengan kemewahanmu itu, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang bermegahmegah.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)