وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّقُوْلُ اٰمَنَّا بِاللّٰهِ فَاِذَآ اُوْذِيَ فِى اللّٰهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللّٰهِ ۗوَلَىِٕنْ جَاۤءَ نَصْرٌ مِّنْ رَّبِّكَ لَيَقُوْلُنَّ اِنَّا كُنَّا مَعَكُمْۗ اَوَلَيْسَ اللّٰهُ بِاَعْلَمَ بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعٰلَمِيْنَ 10
Dan terdapat sebahagian manusia berkata, “Kami beriman kepada Allah.” Tetapi sebaliknya apabila diuji pada jalan Allah, mereka menjadikan dugaan manusia itu sama seperti azab Allah. Dan apabila datangnya kemenangan daripada Al lah, lantas mereka berkata, “Sesungguhnya kami sentiasa bersama kamu.” Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam hati sekalian makhluk?