وَلَقَدْ اَرْسَلْنَا نُوْحًا اِلٰى قَوْمِهٖ فَلَبِثَ فِيْهِمْ اَلْفَ سَنَةٍ اِلَّا خَمْسِيْنَ عَامًا ۗفَاَخَذَهُمُ الطُّوْفَانُ وَهُمْ ظٰلِمُوْنَ 14
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka dia terus menetap bersama mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun. Setelah itu kaumnya dibinasakan dengan banjir besar, sedang mereka ialah orang yang zalim.