وَقَالَ اِنَّمَا اتَّخَذْتُمْ مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَوْثَانًاۙ مَّوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۚ ثُمَّ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ يَكْفُرُ بَعْضُكُمْ بِبَعْضٍ وَّيَلْعَنُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۖوَّمَأْوٰىكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِّنْ نّٰصِرِيْنَۖ 25
Lalu Nabi Ibrahim berkata, “Sesungguhnya perbuatan syirik kamu terhadap Allah dengan menyembah berhala-berhala itu hanyalah kerana ingin menjaga hubungan kasih mesra antara kalian di dunia. Di akhirat nanti, kamu pula akan saling membantah dan melaknat sesama sendiri. Pastinya tempat kembali kamu adalah api neraka dan kamu sama sekali tidak akan memperoleh penolong-penolong.”