وَعَادًا وَّثَمُوْدَا۟ وَقَدْ تَّبَيَّنَ لَكُمْ مِّنْ مَّسٰكِنِهِمْۗ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ اَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ وَكَانُوْا مُسْتَبْصِرِيْنَ ۙ38
Dan begitulah juga nasibnya kaum 'Ad dan Thamud, kamu boleh lihat kesan kehancurannya yang jelas di tempat kediaman mereka dan syaitan telah menghiasi amalan mereka yang buruk supaya dilihat indah. Maka dengan itu, dia menghalangi mereka daripada mengikuti jalan yang benar sedangkan mereka orang-orang yang bijak pandai.