وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۗوَاِنْ جَاهَدٰكَ لِتُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۗاِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَاُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ 8
Dan Kami mewajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Jika mereka mendesakmu untuk syirik pada-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak ketahui, maka janganlah engkau taati perintah mereka. Kepada-Ku jua kamu semua dikembalikan, lalu Aku jelaskan apa yang telah kamu lakukan.