Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-101

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَكَيْفَ تَكْفُرُوْنَ وَاَنْتُمْ تُتْلٰى عَلَيْكُمْ اٰيٰتُ اللّٰهِ وَفِيْكُمْ رَسُوْلُهٗ ۗ وَمَنْ يَّعْتَصِمْ بِاللّٰهِ فَقَدْ هُدِيَ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ ࣖ101

Dan bagaimana kamu boleh kufur selepas kamu beriman sedangkan ayatayat al-Quran dibacakan kepada kamu, dan Rasulullah juga masih ada bersamamu. Maka sesiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah, sesungguhnya dia telah diberi petunjuk hidayah ke jalan yang lurus.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Pernah terjadi peperangan antara kelompok al-Aus dan al-Khazraj pada zaman Jahiliah dalam setiap perkara. Suatu ketika, semasa mereka sedang duduk, rnereka menyebut kembali sengketa yang pernah berlaku sesama mereka hingga menimbulkan kemarahan. Keadaan ini rnembuatkan sebahagian mereka bangkit dan mengeluarkan senjata. Maka turunlah ayat ini sepenuhnya
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)