Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-110

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ ۗ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۗ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ 110

Kamu wahai umat Muhammad, adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi memimpin manusia. Kamu menyuruh manusia berbuat makruf, melarang mereka daripada perkara mungkar dan kamu beriman kepada Allah. Seandainya ahli kitab itu beriman dengan Nabi Muhammad, tentulah iman itu adalah lebih baik bagi mereka. Namun hanya segelintir antara mereka yang beriman manakala majoriti mereka adalah golongan fasik.

Tafsir Terjemahan

Menurut Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya, خَيْرَ أُمَّةٍ adalah umat Islam yang merupakan sebaik-baik ummah di muka bumi selagi rnereka bertanggungjawab dengan amar makruf dan nahi mungkar serta beriman kepada ALLAH SWT dengan keimanan yang sahih, benar dan sempurna.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)