مَثَلُ مَا يُنْفِقُوْنَ فِيْ هٰذِهِ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيْحٍ فِيْهَا صِرٌّ اَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ فَاَهْلَكَتْهُ ۗ وَمَا ظَلَمَهُمُ اللّٰهُ وَلٰكِنْ اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ 117
Perbandingan apa yang mereka infak dalam kehidupan dunia ini, ibarat angin yang amat sejuk melanda serta membinasakan tanaman satu kaum yang menzalimi diri mereka sendiri dengan melakukan maksiat. Dan ingatlah, Allah tidak menzalimi diri mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.