Tafsir Surah

3Ali 'Imran - اٰل عمران

Ayat ke-118

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّخِذُوْا بِطَانَةً مِّنْ دُوْنِكُمْ لَا يَأْلُوْنَكُمْ خَبَالًاۗ وَدُّوْا مَا عَنِتُّمْۚ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاۤءُ مِنْ اَفْوَاهِهِمْۖ وَمَا تُخْفِيْ صُدُوْرُهُمْ اَكْبَرُ ۗ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْاٰيٰتِ اِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُوْنَ118

Wahai orang yang beriman! Janganlah mengambil orang bukan seagama denganmu sebagai orang kepercayaan, kerana mereka sentiasa berusaha membinasakan kamu dan berharap agar berlaku sesuatu yang memudaratkan serta menyusahkan kamu. Sesungguhnya telah terserlah kebencian melalui tutur kata mereka, bahkan kebencian yang tersembunyi dalam hati mereka lebih dahsyat. Sesungguhnya Kami telah mengingatkan kamu tentang tanda-tanda itu jika kamu berfikir.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas A.A berkata: Sebahagian kaum Muslimin menjalin hubungan baik dengan beberapa orang Yahudi kerana pemah berada di bawah jaminan mereka dan bersumpah untuk saling mewarisi pada zaman Jahiliah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat melarang kaum Muslimin menjadikan Yahudi penasihat kerana dibimbangi akan diperdaya.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)