هٰٓاَنْتُمْ اُولَاۤءِ تُحِبُّوْنَهُمْ وَلَا يُحِبُّوْنَكُمْ وَتُؤْمِنُوْنَ بِالْكِتٰبِ كُلِّهٖۚ وَاِذَا لَقُوْكُمْ قَالُوْٓا اٰمَنَّاۖ وَاِذَا خَلَوْا عَضُّوْا عَلَيْكُمُ الْاَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۗ قُلْ مُوْتُوْا بِغَيْظِكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ ۢبِذَاتِ الصُّدُوْرِ119
Beginilah kamu! Walaupun kamu beriman dengan al-Quran seluruhnya tetapi masih tetap lagi menyukai mereka, sedangkan mereka langsung tidak pernah menyukai kamu. Dan apabila bertemu dengan kamu, mereka berkata, “Kami beriman,” tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menzahirkan kebencian terhadap kamu sehingga menggigit-gigit hujung jari lantaran menahan api kemarahan. Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, “Pergi matilah dengan kemarahan kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati setiap makhluk.